Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2015

Product Review : Ephyra Skin Bar

Assalamualaikum, Tahap kepanasan di Malaysia sekarang nampaknya semakin meningkat dan setiap hari boleh dikatakan panas dan kadang-kadang cuaca tak menentu. Asyik baru jea pulih dari demam, batuk dan selesema, pakej semua. Suami Asyik pun demam dan sakit tekak. Nak dijadikan cerita kitaorang pergilah ambil ubat kat klinik swasta untuk ubat demam dan sakit tekak.  Selang beberapa hari suami Asyik tiba-tiba di badan dia naik ruam merah-merah. Mula-mula ingatkan sebab cuaca panas sangat jadi macam itu tapi makin lama makin teruk dan siap naik putih-putih macam jerawat. Boleh dikatakan dari paras dada sampai ke leher merebak.  Pergi jumpa sekali lagi doktor yang sama dan dia cakap alergik ubat yang dia bagi. Sebelum ini memang tak pernah tahu pun ada alergik pada ubat dan doktor pun bagi ubat yang lain pula. Pakailah ubat yang itu pula tapi masih juga tak hilang malah makin bertambah adalah. Kesian tau tengok suami sendiri sakit. Asyik pun sarankan suami untuk cuba Ephyra Sk

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak 2015

Assalamualaikum, Selamat menyambut Ramadhan al-mubarak. Padanya dibuka pintu syurga dan ditutup pintu neraka dan diikat para syaitan sepanjang bulan ini. Bersihkan diri dari noda. Jernihkan fikiran dari dengki dan sucikan hati dari dosa.  Sabda Rasulullah S.A.W "Barang siapa merasa gembira dengan sebab kedatangan bulan Ramadhan nescaya Allah Taala mengharamkan jasadnya dari api neraka". (Hadis riwayat Ahmad) Seperti yang anda dapat lihat dalam gambar diatas, pokok tersebut ialah pokok kurma yang terdapat di Kelantan. Tahun ini Asyik berkesempatan melihat sendiri pokok kurma yang berbuah lebat. Nikmat Allah S.W.T itu memang tidak terhingga. SubhanaAllah hebat kan ciptaan Allah ini.  Dapat membuatkan semua orang tertarik untuk datang dan melihat dan kalau boleh nak merasa sendiri makanan sunnah ini. Memang meriah buahnya. Husband Asyik cakap kalau bulan Ramadhan sebelum ini, kat kawasan ini ramai yang datang dan berbuka puasa kat sini. Konon nak feel macam di neg

Product Review : Babeskin Double Serum Premium + Whitening Soap Premium

Assalamualaikum, Untuk kali kedua Asyik cuba produk dari Babeskin. Sebelum ini Asyik dah cuba Beauty Oat iaitu produk untuk dalaman tubuh badan kita Sekarang Babeskin dah keluarkan produk baru untuk wajah pula iaitu Double Serum Premium dan Whitening Soap Premium.  BABESKIN™ DOUBLE SERUM PREMIUM SERUM 1: Repairing Booster ✔ Mengurangkan Kulit Berminyak ✔ Mengurangkan Jerawat ✔ Merawat Jeragat ✔ Mengembalikan Tona kulit tak sekata SERUM 2: Ultimate Mega Lift ✔ Mengurangkan Kedutan ✔ Meningkatkan Keanjalan Kulit ✔ Membantu Melembapkan Kulit ✔ Mengekalkan ketahanan Kulit Hanya 2 titik je dan lihat hasil yang awesome!! Menghilangkan Jerawat, wajah berminyak, kulit kusam dan MENYEGARKAN! BERMULA SATU KOTAK DAN RASAILAH TRANSFORMASI HEBAT SEAWAL 7 HARI. Setelah menggunakan Double Serum ini, bekas parut pada muka alhamdulillah semakin pudar. Jerawat yang nak naik pun boleh kecut terus dan kulit terasa lembut dan licin. Asyik akan pakai dua-dua sekaligus

Product Review : Good Virtues Co.

Assalamualaikum, Secara jujurnya kadang-kadang Asyik ini kalau beli barang atau produk mesti akan tengok pada packaging dulu. Walaupun belum tahu isinya bagus atau tidak tapi kalau packaging dia cantik dan menarik yang itu dulu lah yang Asyik akan cuba. Memang lumrah orang seni agaknya. Satu lagi Asyik memang suka cuba produk yang baru di pasaran. Berilah peluang produk-produk ini untuk berkembang kan. Watsons tempat wajib setiap bulan untuk pergi walaupun semua barang sebenarnya dah ada. haha. Biasalah perempuan kan. Satu hari itu pergi Watsons window shopping jea sambil teman husband beli barang dia, Asyik pun pusing-pusinglah dalam itu tengok apa yang menarik kan. Tiba-tiba tertarik dengan satu produk ini sebab packaging dia sangat cantik dan lain dari yang lain.  Good Virtues Co. nama produk itu. Yang paling menarik tentang produk ini selain packaging dia, kandungan yang digunakan dalam produk ini memang terbaik iaitu organic black seed atau jintan hitam atau habbatus sa

Product Review : Ostania Mangosteen Amrita

Assalamualaikum, Dengar nama Ostania Manggis Amrita macam agak pelik tapi jangan pelik sebab sesuatu yang bagus untuk diri kita bermula dengan hanya buah manggis sahaja. Sebenarnya Ostania Manggis ialah minuman yang enak dengan formulasi keseluruhan buah manggis termasuk puri dan kulitnya sekali yang membuatkan Ostania kaya dengan Xanthones. Minuman ini diperkaya dengan pelbagai khasiat baik untuk kesihatan kita. Sesuai dengan gelaran manggis sebagai 'ratu buah', minuman ini penuh dengan antioksidan dan ditambah baik dengan campuran ekstrak epal, roselle, acai beri, anggur dan delima. Menurut kajian yang telah dijalankan, Xanthones mempunyai kesan yang sangat baik untuk organ dalaman manusia kerana kandungan antioksidan-nya yang tinggi. Fakta OSTANIA - Nilai ORAC antioksidan 14186.98 - Tiada tambahan gula - Tiada pewarna tambahan - Mengembalikan tenaga - Pemuliharaan kesihatan - Fungsi terapeutik - Anti-penuaan - Pemanis semulajadi (buah) - Memban