Skip to main content

Beauty Review : Neesya Skincare

Assalamualaikum,
Neesya (bererti rama-rama dalam bahasa Yunani) melambangkan semangat individu moden masa kini. Rama-rama mewakili asas kebebasan, kecantikan semulajadi dan keupayaan tersembunyi. Seperti rama-rama yang merupakan simbol transformasi, setiap individu mempunyai kecantikan dalaman yang sedang menanti untuk didedahkan. Itulah yang istimewanya produk Neesya ini. Bahan-bahan yang digunakan kebanyakannya adalah dari bahan semulajadi dan selamat serta diuji secara saintifik, dan berkesan. Rangkaian penjagaan kulit premium ini mempunyai harga yang berpatutan.

Semua produk Neesya bebas daripada pewarna dan paraben demi keyakinan pelanggan. Kilang menghasilkan produk Neesya disahkan sijil GMP untuk memastikan proses kualiti tinggi dipatuhi.
Setakat ini Asyik dah cuba keempat-empat produk diatas Illuminating Essence, Eye & Lip Makeup Remover, Brightening Overnight Mask dan Brightening Enzymatic Refiner. Terutama sekali Illuminating Essence dan Eye & Lip Makeup Remover memang dah jadi kegunaan Asyik setiap hari sekarang ini. 

Lepas cuci muka memang Asyik wajib Asyik akan pakai Illuminating Essence kemudian Asyik akan pakai bedak dan makeup seperti biasa. Kulit Alhamdulillah memang tak kering.

Eye & Lip Makeup Remover pula dengan sekali sapu kat bahagian yang guna makeup memang terus hilang malah mengekalkan kelembapan wajah dan kulit wajah langsung tak terasa pedih.
Eye & Lip Makeup Remover yang dicipta khas untuk membersihkan kesan solekan yang kalis air dan susah ditanggalkan tanpa menghakis dan merosakkan kulit terutamanya di sekitar kontur mata dan bibir.

Diperkaya dengan pati minyak bunga matahari yang kaya dengan Vitamin A,C dan E untuk khasiat anti-penuaan. Mengkondisi serta menghidratkan kulit, menjadikan kulit sekitar mata bersih dan lembut.
CARA PENGGUNAAN
Goncangkan botol supaya cecair dua warna dalam dicampur sebati. Tuangkan cecair atas kapas. Dengan gerakan perlahan, sapukan kapas yang basah atas mata / bibir untuk menanggalkan kesan bahan solek. Ulangi proses dengan kapas yang bersih sehingga ditanggalkan.
Gambar pertama muka Asyik dengan makeup kemudian Asyik sapukan sedikit makeup remover pada kapas dan siap terus hilang semua makeup.
Ini kesan makeup untuk seluruh wajah Asyik, tanggal habis semua.
Illuminating Essence meningkatkan seri wajah dengan berkesan menggunakan teknologi Lumiscience°TM dengan pendekatan secara 360 darjah. Kesan lutsinar wajah dikembalikan apabila kulit menjadi cerah, terhidrat serta dilindungi kerosakan yang disebabkan kesan radikal bebas serta tekanan dari kesan pengoksidaan.

Hasilnya, kulit wajah yang cerah dan sekata. Ekstrak Silver Vine membantu mengurangkan kesan karbonilasi protin dan meningkatkan kesan lutsinar kulit wajah. Kandungan Alpha MelightTM pula membantu mencegah bintik hitam, serta memberikan kesan kilauan pada kulit wajah.

Kompleks semulajadi seperti tembikai, epal dan ekstrak lentil membantu meningkatkan kadar lembapan dan hidrasi kulit dengan mengembalikan semula keadaan sel yang sentiasa lembap dan penuh dengan kompleks pelembapan.

CARA PENGGUNAAN
Gunakan dua kali sehari untuk mengembalikan seri wajah anda dari segala petanda kulit yang tidak sihat, kering serta tidak sekata. Protin yis yang dihasilkan melalui kaedah bio-teknologi serta dicampur dengan mineral berlian dan mother of pearl, membantu melicinkan kulit serta membolehkan kulit yang lebih sinar berseri. Disapukan pada wajah sekurangnya dua kali sehari. Kulit yang letih dan tidak bermaya serta dengan tona yang tidak sekata akan bertukar menjadi lebih terhidrat dan kembali berseri.

Brightening Overnight Mask masker intensif yang diformulasikan dengan ekstrak Silver Vine dan Alpha MelightTM. Mengandungi konsentrasi agen pencerahan yang berfungsi untuk meratakan warna kulit yang tidak sekata, memulihkan tenaga dalam sel kulit serta memastikan hidrasi pada kulit semasa tidur.

Kandungan anti-oksida yang memulihkan tenaga pada sel kulit juga turut memberikan hasil kulit yang lebih gebu, lembut dan tegang serta berupaya memberikan pantulan wajah yang sihat. Gunakan setiap 1-2 kali seminggu untuk kesan yang lebih menakjubkan. Asyik guna 3 kali seminggu. hehe. Nak kesan yang lebih cepat. Asyik suka dengan dua-dua produk ini bila digabungkan. Hasilnya kulit licin dan terasa segar bila bangun pagi disebabkan oleh semalaman menggunakan produk ini dan kita dapat memulihkan kulit wajah dengan baik. Satu lagi yang best tentang mask ini ialah kita tidak akan rasa macam kita sedang pakai mask di muka sebab bahan-bahan dalam mask itu sendiri terasa ringan saja bila sapu dimuka.

CARA PENGGUNAAN
Gunakan masker selepas wajah di cuci bersih serta toner digunakan. Untuk hasil serta merta, dicadangkan untuk menggunakan Lumiscience°TM Intipati Pencerah (Illuminating Essence) atau Serum Penghidrat (Hydrating Serum) sebelum menyapu Masker Penyeri Malam. Ratakan atas permukaan kulit dan leher dengan urutan perlahan selama 30saat untuk memastikan serapan ke dalam kulit. Gunakan sebelum tidur dan boleh dibiarkan semalaman dan bilas di pagi keesokannya.
Brightening Enzymatic Refiner berlainan dengan krim pengelupasan yang biasa, produk pengelupasan ini adalah berasaskan gel. Di formulasikan dengan bahan seperti papaya, enzim pengelupasan yang lembut ini bertindak untuk menanggalkan sel kulit mati yang terdapat di permukaan kulit wajah dan menggalakkan pembaharuan sel kulit yang baru. Ekstrak Silver Vine dan AlphaMelight™ yang terkandung dalam produk membantu dalam menjadikan kulit lebih berseri.

Ekstrak Hamamelis, Aloe serta Vitamin B5 menghidratkan serta melembutkan kulit wajah. Penggunaan yang beterusan akan memberikan raut wajah yang cerah berseri serta tona wajah yang lebih sekata. Setakat yang Asyik telah pakai tiada lagi pengelupasan yang teruk. Produk ini yang paling best ialah boleh menghilangkan bintik hitam diwajah kita especially dibahagian hidung Asyik. Memang itu masalah utama Asyik. Cara nak guna pun mudah.

CARA PENGGUNAAN
Ratakan satu lapisan gel atas kulit yang bersih dan kering. Pastikan gel diratakan pada seluruh wajah serta leher untuk perawatan yang seimbang. Untuk bahagian wajah yang berjeragat, tambahkan lapisan yang lebih tebal untuk perawatan maksima.

Urutkan gel secara turutan bergelang ataupun berarah bulatan untuk tiga saat dan biarkan selama lebih kurang tiga minit lagi sebelum membilas muka. Semasa membilas, basahkan tangan dan urutkan muka secara perlahan untuk melembutkan sel-sel mati yang akan disingkirkan. Gunakan produk 1-2 kali seminggu untuk hasil yang optimum.
Overall:
Illuminating Essence - Rated 5/5 (Price - RM129)
Eye & Lip Makeup Remover - Rated 4/5 (Price - RM49)
Brightening Overnight Mask - 4.5/5 (Price - RM99)
Brightening Enzymatic Refiner - 4/5 (Price - RM69)
Packaging - bentuknya mudah dipegang, cantik dan sangat eksklusif. - Rated 4/5

InshaAllah kalau boleh nak teruskan pakai produk ini. Best okay. ;)

Visit :
Instagram : Neesya Skincare 
Facebook : Neesya Skincare
Website : NEESYA Skincare

Till Next Entry.
Love, Asyik.

Comments

Popular posts from this blog

Per’l Xlim, Rahsia Wanita Kekal Mempesona!

Assalamualaikum, Di mana semua peminat-peminat kopi? Anda perlu baca entry kali ini kerana anda akan mendapati satu produk yang akan menjadi kegilaan anda selepas ini. Produk yang sangat bagus bagi yang suka minum kopi dan mahu kurus. Siapa yang tak mahu kan, sambil minum pun boleh kurus. Sebelum itu mari kita kenal dulu dari mana produk ini datang. POWER ROOT telah ditubuhkan pada 23 Julai 1999. Ini adalah syarikat terkemuka yang membangunkan dan mempromosikan minuman tenaga herba yang diperkayakan dengan dua herba hutan hujan utama iaitu Eurycoma longifolia Jack atau lebih dikenali sebagai "Tongkat Ali" dan Labisia Pumilia dan Pathoina atau "Kacip Fatimah". Pasti semua sudah sinonim dengan jenama Power Root. Kali ini Power Root memperkenalkan satu lagi produk baru iaitu Per’l Xlim . Keistimewaan Per’lXlim ia merupakan sejenis minuman pelangsingan badan yang khas untuk semua wanita yang suka minum kopi dan minum coklat. Keunikannya adalah apabila anda se

Product Review : Good Virtues Co.

Assalamualaikum, Secara jujurnya kadang-kadang Asyik ini kalau beli barang atau produk mesti akan tengok pada packaging dulu. Walaupun belum tahu isinya bagus atau tidak tapi kalau packaging dia cantik dan menarik yang itu dulu lah yang Asyik akan cuba. Memang lumrah orang seni agaknya. Satu lagi Asyik memang suka cuba produk yang baru di pasaran. Berilah peluang produk-produk ini untuk berkembang kan. Watsons tempat wajib setiap bulan untuk pergi walaupun semua barang sebenarnya dah ada. haha. Biasalah perempuan kan. Satu hari itu pergi Watsons window shopping jea sambil teman husband beli barang dia, Asyik pun pusing-pusinglah dalam itu tengok apa yang menarik kan. Tiba-tiba tertarik dengan satu produk ini sebab packaging dia sangat cantik dan lain dari yang lain.  Good Virtues Co. nama produk itu. Yang paling menarik tentang produk ini selain packaging dia, kandungan yang digunakan dalam produk ini memang terbaik iaitu organic black seed atau jintan hitam atau habbatus sa

Minyak Pati Envision

Minggu ni saya pilih minyak pati Envision sebagai Essential Oil Of The Week. Envision membantu kita untuk: - Fokus kepada impian yang ingin dicapai - Atasi ketakutan yang ada dalam diri - Seimbangkan emosi dalam diri - Jadi lebih tenang Dan bermacam lagi kegunaan dan kebaikan. Minyak pati Envision ini membantu kita seimbangkan dari segi mental, emosi, fizikal dan spiritual. Gabungan minyak pati yang terdapat di dalam Envision ini kebanyakannya memang minyak pati pilihan saya kerana setiap satu daripadanya ada manfaat yang tersendiri. Lagi-lagi minyak pati Rose dan Geranium yang memang sangat dekat dihati wanita seperti saya. Set the right intention masa nak guna minyak pati, InshaAllah kita akan rasakan impak yang berbeza. Dah cuba nanti, kongsikan pengalaman anda ya.