Skip to main content

Product Review : Citra Mulia Cosmetics

Assalamualaikum,
Produk yang setakat ini Asyik cuba yang memberi kesan positif pada wajah Asyik iaitu produk dari Citra Mulia Kosmetik. Sangat memberangsangkan dan puas hati.
THE FACE Supreme Whitening Day & Night Gel Serum and DR. HERBAL WHITENING AB CREAM.
THE FACE Supreme Whitening Day & Night Gel Serum 50ml. Serum untuk menjadikan kulit cerah dan bersih. Ia juga sebagai anti penuaan, menghilangkan kedut di wajah, serta melembabkan, melicinkan, dan memutihkan kulit. Dengan formula khusus yang cepat menghilangkan melasma, bintik-bintik hitam, dan memutihkan kulit wajah. Kandungan vitamin B5 mengaktifkan sel-sel kulit yang baru juga berfungsi sebagai antioksidan untuk mencegah radikal bebas yang merosakkan kulit. Mencegah sel pigmen sehingga kulit lebih cerah, dengan tambahan pelembab aktif yang dapat menjana semula kulit sehingga terhindar dari keriput atau penuaan.

Fungsi Gel Serum:
- Mengurangkan bekas-bekas jerawat
- Memutihkan kulit wajah
- Menghilangkan flek hitam
- Mencerahkan warna kulit
- Meratakan warna kulit
- Mengecilkan liang wajah
-Menghaluskan dan mengenyalkan kulit

Cara penggunaan:
- Bersihkan muka anda.
- Sapukan sedikit serum dan leburkan dalam tapak anda
-Menyampaikan lapisan nipis serum cair di bahagian muka anda dan tekan, urut sehingga diserap sepenuhnya. 
Gunakan setiap hari waktu pagi dan malam, dan akan mendapat kesannya selapas penggunaan 7 hari.

Nama: The Face Supreme Whitening Day Gel Serum
Harga: RM69.90 (50ml)
Produk ini pada Asyik sangat unik dan cantik. Tak tahulah macam mana diaorang boleh buat lingkaran dalam gel serum itu. Kagum!
DR. HERBAL WHITENING AB CREAM 20gm produk perawatan kulit wajah yang 100% dibuat dari bahan herbal, sesuai untuk semua kulit wajah. Diformulasikan khusus untuk membaiki semula struktur kulit dan lapisan sel-sel kulit yang rosak. Mengandungi Kolagen untuk membantu anda merawat dan melembab kulit wajah anda. Dr.Herbal dapat meremajakan semula wajah dan mencerahkan kulit wajah.

Manfaat DR. HERBAL WHITENING AB CREAM 
~ Mencerahkan dan memutihkan wajah. 
~ Wajah kusam, gelap dan kekuningan kembali menjadi putih bersinar. 
~ Menghilangkan flek-flek, jerawat dan noda hitam 
~ Menghilangkan tompok yang disebabkan oleh sinaran uv 
~ Menjaga keanjalan kulit wajah 
~ Mengatasi liang besar dan bekas jerawat sehingga wajah kembali menjadi mulus dan halus 
~ Menghilangkan kedutan pada wajah. 
~ Menghaluskan dan memberi kelembapan semula jadi bagi wajah. 

Cara pakai: 
~ Bersihkan wajah terlebih dahulu 
~ Sapukan THE FACE GEL SERUM. 
~ Ambil krim secukupnya 
~ Sapukan krim A untuk pagi dan krim B untuk malam.

Nama: DR. HERBAL WHITENING AB CREAM
Harga: RM99.90 (20gm)

Milano Ashley Lotion 500ml - Green Tea dan Milano Ashley Lotion 500ml - Rose Tea.
-Memastikan kulit anda kekal lembap sepanjang hari.
-Menjadikan kulit anda berseri secara semulajadi. 
-Mengandungi banyak protein, mineral, dan vitamin yang menjadikan kulit anda berseri.

Nama: Milano Ashley Lotion 500ml - Rose Tea dan Milano Ashley Lotion 500ml - Green Tea.
Harga: RM18.50 (500ml)
Lotion ini wangi dan lembut pada badan.

 Dibawah adalah gambar testimoni Asyik setelah hampir dua minggu menggunakan produk dari The Face Supreme Whitening Day Gel Serum dan DR. HERBAL WHITENING AB CREAM.
Kebetulan waktu ini wajah Asyik tiba-tiba ada jerawat disebabkan oleh makeup yang berlebihan dan mungkin kurang bersih sewaktu menggunakannya. Gambar sebelah KIRI sewaktu jerawat sedang membesar tetapi setelah lima hari menggunakan produk dari Citra Mulia jerawat pada wajah Asyik seperti gambar disebelah KANAN semakin cepat mengecut dan kering. Alhamdulillah tak rasa sakit pun walaupun jerawat itu besar juga sebenarnya. Asyik gunakan ketiga-tiga krim dari Citra Mulia secara teratur setiap pagi dan malam. Jadi produk ini memang boleh dipercayai.


Untuk mendapatkan produk ini boleh lawat :

Till Next Entry.
Love, Asyik.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Per’l Xlim, Rahsia Wanita Kekal Mempesona!

Assalamualaikum, Di mana semua peminat-peminat kopi? Anda perlu baca entry kali ini kerana anda akan mendapati satu produk yang akan menjadi kegilaan anda selepas ini. Produk yang sangat bagus bagi yang suka minum kopi dan mahu kurus. Siapa yang tak mahu kan, sambil minum pun boleh kurus. Sebelum itu mari kita kenal dulu dari mana produk ini datang. POWER ROOT telah ditubuhkan pada 23 Julai 1999. Ini adalah syarikat terkemuka yang membangunkan dan mempromosikan minuman tenaga herba yang diperkayakan dengan dua herba hutan hujan utama iaitu Eurycoma longifolia Jack atau lebih dikenali sebagai "Tongkat Ali" dan Labisia Pumilia dan Pathoina atau "Kacip Fatimah". Pasti semua sudah sinonim dengan jenama Power Root. Kali ini Power Root memperkenalkan satu lagi produk baru iaitu Per’l Xlim . Keistimewaan Per’lXlim ia merupakan sejenis minuman pelangsingan badan yang khas untuk semua wanita yang suka minum kopi dan minum coklat. Keunikannya adalah apabila anda se

Product Review : Good Virtues Co.

Assalamualaikum, Secara jujurnya kadang-kadang Asyik ini kalau beli barang atau produk mesti akan tengok pada packaging dulu. Walaupun belum tahu isinya bagus atau tidak tapi kalau packaging dia cantik dan menarik yang itu dulu lah yang Asyik akan cuba. Memang lumrah orang seni agaknya. Satu lagi Asyik memang suka cuba produk yang baru di pasaran. Berilah peluang produk-produk ini untuk berkembang kan. Watsons tempat wajib setiap bulan untuk pergi walaupun semua barang sebenarnya dah ada. haha. Biasalah perempuan kan. Satu hari itu pergi Watsons window shopping jea sambil teman husband beli barang dia, Asyik pun pusing-pusinglah dalam itu tengok apa yang menarik kan. Tiba-tiba tertarik dengan satu produk ini sebab packaging dia sangat cantik dan lain dari yang lain.  Good Virtues Co. nama produk itu. Yang paling menarik tentang produk ini selain packaging dia, kandungan yang digunakan dalam produk ini memang terbaik iaitu organic black seed atau jintan hitam atau habbatus sa

Minyak Pati Envision

Minggu ni saya pilih minyak pati Envision sebagai Essential Oil Of The Week. Envision membantu kita untuk: - Fokus kepada impian yang ingin dicapai - Atasi ketakutan yang ada dalam diri - Seimbangkan emosi dalam diri - Jadi lebih tenang Dan bermacam lagi kegunaan dan kebaikan. Minyak pati Envision ini membantu kita seimbangkan dari segi mental, emosi, fizikal dan spiritual. Gabungan minyak pati yang terdapat di dalam Envision ini kebanyakannya memang minyak pati pilihan saya kerana setiap satu daripadanya ada manfaat yang tersendiri. Lagi-lagi minyak pati Rose dan Geranium yang memang sangat dekat dihati wanita seperti saya. Set the right intention masa nak guna minyak pati, InshaAllah kita akan rasakan impak yang berbeza. Dah cuba nanti, kongsikan pengalaman anda ya.