Skip to main content

Happy Birthday To Me

Assalamualaikum,
Semakin bertambah umur tahun ini. Makin hari makin tua tapi banyak lagi perkara yang belum sempat buat. Tak tahulah sempat ke tidak untuk buat. Kalau masih dipanjangkan umur InshaAllah sempatlah membalas jasa-jasa keluarga. Pada 7 May 2014 haritu genaplah umur Asyik yang ke ** tahun. Malas nak tulis nombor itu. Korang boleh tahu sendiri nanti. haha. Sebelum tidur memang selalu online guna smartphone kejap. Bila dah birthday ini banyaklah ucapan yang diterima. Pastu bila nak lelapkan mata jer tiba-tiba ada segerombolan manusia masuk bilik sambil menyanyi lagu birthday. Haishh rasa macam nak menangis kejap. Kalau ada yang follow Instagram Asyik mungkin ada tengok gambar Asyik dengan muka blur dan mamainya.Terkejut orang serbu masuk bilik macam itu. Terima kasih bebanyak untuk family Asyik yang sanggup buat surprise macam itu. Untuk semua kawan-kawan pun terima kasih banyak untuk doa kalian semua. Semoga Allah S.W.T membalas kebaikan korang semua.

Birthday cake untuk Asyik. Red velvet and fruits. Sedap giler. Paling suka icing dia.

Sebelah petang Asyik keluar dengan family. Pergi makan di Kopitan Classic White Coffee. Penuh makanan atas meja untuk Asyik saja.
Sweet and Sour Fish Fillet with Rice menjadi pilihan.
Banana Split yang sedap sungguh alahai. ;)
Air liur meleleh macam coklat itu sekarang ini. ha3
Banana Split dan Ice Kacang.
Last sekali Chick Slice Cheese Toast Bread. Puas hati makan kat sini, semua sedap. Harga pun berpatutan. Asyik makan saja orang lain yang belanja. hehe. Terima kasih semua untuk doa kalian.

Till Next Entry.
Love, Asyik.

Comments

  1. eh eh asyik beza shari seblm jer ngan iolls yeahhh kita geng =)..happy belated besday

    ReplyDelete
  2. Happy belated birthday Asyik..! May Allah bless u dear :)

    ReplyDelete
  3. Happpyyyy birthday ! Sedapnyaaa makanan. :D

    Singgah jawab : http://nadiaradzif.blogspot.com/2014/05/the-liebster-award-puan-husna.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih Nuriesya..
      nanti Asyik tgk yea..;)

      Delete
  4. Wahhhh happy birthday Asyik!!! Semoga dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan kehidupan. Amin. Btw, tergoda 12 minit tengok gambar gambar makanan diatas. Ekekekekekkekee

    ReplyDelete
  5. happy besday kak asyiq.. Semoga murah rezeki..

    http://hannahsytieh.blogspot.com/2014/05/the-liebster-award-from-nuriesyanadia.html

    kak asyiq bukak eh link tu. jawab tau, jgn tak jawab. ehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih Hannah..
      InshaAllah nanti akk buka..;)

      Delete
  6. salam kak lame xmnyinggah yer HAPPY BELATED BDAY kak hahahha sy tau bpe nombor nk isi tu hahahha btw lahhh gambo kek je bday girl nye muke mane? hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suzai..terima kasih byk2 yea...dah tau senyap2 jer number tu..kih3
      gambo kena tgk dlm Instagram..hehe ;)

      Delete
  7. WAHHH selamat hari lahir kak asyik!! May Allah bless u always~~ huhu amboii kemain sorok umo...haha saya da tau! >.< HEHE kak ayik awet muda takpe...huhu... sedapnye mknn T_______T

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Per’l Xlim, Rahsia Wanita Kekal Mempesona!

Assalamualaikum, Di mana semua peminat-peminat kopi? Anda perlu baca entry kali ini kerana anda akan mendapati satu produk yang akan menjadi kegilaan anda selepas ini. Produk yang sangat bagus bagi yang suka minum kopi dan mahu kurus. Siapa yang tak mahu kan, sambil minum pun boleh kurus. Sebelum itu mari kita kenal dulu dari mana produk ini datang. POWER ROOT telah ditubuhkan pada 23 Julai 1999. Ini adalah syarikat terkemuka yang membangunkan dan mempromosikan minuman tenaga herba yang diperkayakan dengan dua herba hutan hujan utama iaitu Eurycoma longifolia Jack atau lebih dikenali sebagai "Tongkat Ali" dan Labisia Pumilia dan Pathoina atau "Kacip Fatimah". Pasti semua sudah sinonim dengan jenama Power Root. Kali ini Power Root memperkenalkan satu lagi produk baru iaitu Per’l Xlim . Keistimewaan Per’lXlim ia merupakan sejenis minuman pelangsingan badan yang khas untuk semua wanita yang suka minum kopi dan minum coklat. Keunikannya adalah apabila anda se

Product Review : Good Virtues Co.

Assalamualaikum, Secara jujurnya kadang-kadang Asyik ini kalau beli barang atau produk mesti akan tengok pada packaging dulu. Walaupun belum tahu isinya bagus atau tidak tapi kalau packaging dia cantik dan menarik yang itu dulu lah yang Asyik akan cuba. Memang lumrah orang seni agaknya. Satu lagi Asyik memang suka cuba produk yang baru di pasaran. Berilah peluang produk-produk ini untuk berkembang kan. Watsons tempat wajib setiap bulan untuk pergi walaupun semua barang sebenarnya dah ada. haha. Biasalah perempuan kan. Satu hari itu pergi Watsons window shopping jea sambil teman husband beli barang dia, Asyik pun pusing-pusinglah dalam itu tengok apa yang menarik kan. Tiba-tiba tertarik dengan satu produk ini sebab packaging dia sangat cantik dan lain dari yang lain.  Good Virtues Co. nama produk itu. Yang paling menarik tentang produk ini selain packaging dia, kandungan yang digunakan dalam produk ini memang terbaik iaitu organic black seed atau jintan hitam atau habbatus sa

Minyak Pati Envision

Minggu ni saya pilih minyak pati Envision sebagai Essential Oil Of The Week. Envision membantu kita untuk: - Fokus kepada impian yang ingin dicapai - Atasi ketakutan yang ada dalam diri - Seimbangkan emosi dalam diri - Jadi lebih tenang Dan bermacam lagi kegunaan dan kebaikan. Minyak pati Envision ini membantu kita seimbangkan dari segi mental, emosi, fizikal dan spiritual. Gabungan minyak pati yang terdapat di dalam Envision ini kebanyakannya memang minyak pati pilihan saya kerana setiap satu daripadanya ada manfaat yang tersendiri. Lagi-lagi minyak pati Rose dan Geranium yang memang sangat dekat dihati wanita seperti saya. Set the right intention masa nak guna minyak pati, InshaAllah kita akan rasakan impak yang berbeza. Dah cuba nanti, kongsikan pengalaman anda ya.