Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2013

Ustaz Mu Tunggu Aku Datang

Assalamualaikum, Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang!, adalah filem ke-86 terbitan Metrowealth (MiG) dan merupakan satu lagi fenomena baru bagi penerbitan filem tempatan. Dengan terhasilnya karya ini memperlihatkan keterbukaan pihak MiG dalam menghasilkan filem-filem yang sangat variasi. Perjalanan filem ini yang penuh dengan unsur-unsur nasihat dan dakhwah berjaya di sampaikan dalam bentuk komedi secara bersahaja. Penampilan buat julung kalinya seorang Penceramah Bebas iaitu Ustaz Azhar Idrus ke layar perak pastinya menjadi satu keistimewaan buat filem ini. Begitu juga dengan gandingan hebat daripada pasangan Shiro yang menjadi penggerak utama filem ini. Pastinya tidak kering gusi melihat karenah dan lawak mereka yang sentiasa mempunyai idea-idea yang spontan. Melihat kepada pemilihan para pelakon yang menjayakan filem ini membuktikan bahawa MiG sentiasa membuka ruang serta peluang kepada mereka yang di luar sana untuk sama-sama membintangi filem-filem terbitan MiG. Pelakon-pelakon ter

The Hunger Games: Catching Fire

Assalamualaikum, The Hunger Games one of the best movies yang sempat Asyik tengok pada tahun ini. Cuma sedikit kecewa dengan endingnya yang tergantung. Tapi sudah pasti bila filem yang tergantung jalan ceritanya akan ada sambungannya nanti. Kita tunggu dan lihat. Asyik tengok movie ini di Paradigm Mall pada Ahad lepas bersama Giorgio . Sebelum tengok movie singgah makan dulu di UncleK. Boleh tahanlah makanan kat situ. Mungkin nampak hebat sebab dalam Paradigm Mall. hehe. Jom baca sedikit sinopsis The Hunger Games : Catching Fire ini. Nasi Arab menjadi pilihan.  Sinopsis Selepas memenangi pertandingan ‘Hunger Games’ yang ke-74, Katniss Everdeen dan Peeta Mellark pulang ke rumah masing-masing yang terletak di ‘District 12’ , daerah yang paling miskin di negara Panem. Sebelum tibanya hari jelajah bagi pemenang ke setiap daerah-daerah lain, Katniss Everdeen telah dikunjungi oleh Presiden Snow secara mengejut. Tindakan Katniss pada penghujung pertandingan menimbulkan ra

Pra-Tonton Kisah Paling Gengster

Assalamualaikum, Filem Kisah Paling Gengster sedang ditayangkan di pawagam. Ada yang dah tengok ke? Kalau belum cepat-cepat pergi tengok sebab filem ini antara filem yang terbaik juga. Bukan macam filem gengster yang lain yer. Persamaannya cuma ialah aksi berlawan. Jalan cerita yang menarik dan suspen. Kelakar dan mesej yang nak disampaikan itu sangat berguna. Kalau belum tengok kena laju-laju pergi tengok. Kisah yang mungkin tak pernah terfikir oleh kita sebagai manusia normal tetibe terjadi pada kita. Itulah yang berlaku pada Shaheizy Sam dalam kisah paling gengster. Nak tahu lebih lanjut kena tengok sendiri. Asyik bagi 4 bintang untuk filem ini. Sinopsis Remy (Shaheizy Sam) bekerja sebagai seorang paramedik yang pendiam, pemalu dengan perempuan, dan sentiasa dibuli oleh rakan sekerjanya. Pada masa yang sama, seperti ramai pemuda lain, dia juga kesempitan wang. Pendek kata: Remy seorang loser. Sehinggalah hari Remy selamatkan nyawa seorang ketua kongsi gelap bernama Me

EnSurvey : AF2013

Assalamualaikum, Hello everyone! First of all, we would like to thank you for the support you have given to EnSurvey as well as Astro’s AF2013. Without you, the campaign wouldn’t be possible. We would like to CONGRATULATE YOU, our AF2013 SURVEY WEEKLY PRIZE WINNERS! You have won yourself AF2013’s mystery merchandise! Yeayyyy.. dapat hadiah lagi. Mula-mula baca terfikir betul ke ini, sebab selalu dapat email yang menipu jer. Baca lagi sekali dan check dalam EnSurvey rupa-rupanya memang betul menang. hehe. Tak sia-sia selalu jawab survey dalam EnSurvey. Duit dapat hadiah pun dapat. Wehuuuu. Thank you EnSurvey. Cuba teka nama Asyik yang mana satu? haha. Tahniah juga untuk Giorgio Izas sebab dua kali dah menang hadiah misteri ini. Rajin-rajinlah jawab survey lepas ini yea. Till Next Entry. xoxoxo

Featured : Remaja 15 Nov 2013

Assalamualaikum, Selamat menghabiskan hujung minggu yang semakin hampir tamat waktunya. Esok sudah kerja. Alangkah bagusnya kalau esok cuti lagi. Itulah dilema orang bekerja macam Asyik ini. Setiap hari mengira hari bila nak hujung minggu. Dah sampai hujung minggu sekejap sangat pula rasanya cuti itu. Tapi itulah untuk mencari pengalaman dan rezeki kenalah bersabar dan berusaha.  Bulan lepas Asyik dihubungi oleh seseorang yang bertanyakan tentang blog Asyik dan mereka sudi untuk membuat sedikit review tentang blog Asyik. Ini semua kerana giveaway fair & lovely yang Asyik buat tempoh hari. Disebabkan Asyik menang jadi pihak Remaja sudi untuk membuat sedikit review tentang blog Asyik Maiburogu. Menang sebab ramai peserta yang menyertai giveaway yang Asyik buat. Terima kasih untuk korang semua yang sudi menyertainya. Hadiahnya mungkin belum sampai lagi pada korang tapi InshaAllah akan sampai tak lama lagi yea. Cover majalah 15 Nov 2013 ialah Najwa Latif. Cantik juga cover

Aku Pilih Kamu

Assalamualaikum, AKU PILIH KAMU, sebuah filem terbitan METROWEALTH (MIG) sebagai variasi kepada peminat-peminat filem melayu dalam membuat pilihan. Kepelbagaian genre terbitan MIG sejak ditubuhkan hingga kini membuktikan MIG sentiasa memberi kelainan kepada peminat filem tempatan.  Filem ke-85 terbitan MIG mempertaruhkan gandingan mantap Intan Ladyana dan Fezrul Khan yang digandingkan buat pertama kalinya di layar perak. Yang menariknya filem ini turut membariskan pelakon-pelakon hebat seperti Zain Hamid, Azhan Rani, Sherry Merlis, Angah Raja Lawak dan Adik Yana.  Filem yang mendapat sentuhan pengarah Eyra Rahman pastinya akan memberi gambaran serta impak romantik buat penonton semua. Sentuhan Eyra dalam menghasilkan filem bergenre sebegini tidak asing lagi buat dirinya yang telah berpengalaman dalam mengarahkan filem seperti Aku Terima Nikahnya, 2 Kalimah dan Bercinta. Penonton pastinya akan disajikan dengan babak-babak yang membuai emosi dan perasaan. Sekitar Majlis Pr

Last Vegas Premiere Screen

Assalamualaikum, Ada tak yang suka tengok filem english yang kelakar? Mesti ramai yang suka. Kadang-kadang filem dia nampak mudah dan biasa tapi maksud yang nak di sampaikan itu sangat bermakna. Ditambah dengan pelbagai rencah kehidupan seharian menambahkan lagi keseronokkan filem tersebut. Salah satunya filem Last Vegas yang Asyik tengok tempoh hari. Sangat mengujakan. Sebuah filem yang boleh dikatakan sangat berjaya dalam menyampaikan mesej kekeluargaan, persahabatan dan kasih sayang.  Empat sekawan yang berkawan baik sejak kecil lagi bertemu semula apabila salah seorang rakan mereka ingin menamatkan zaman bujangnya pada usia yang agak lewat. Mereka ingin meraikan sahabat mereka di Vegas. Pelbagai kejadian yang memang menarik dan kelakar sangat terjadi di sana.  Aging pals Billy (Michael Douglas), Paddy (Robert De Niro), Archie (Morgan Freeman) and Sam (Kevin Kline) have been best friends since childhood. When Billy finally proposes to his much-younger girlfrie

Shout! Awards 2013

Assalamualaikum, Seperti yang diketahui ramai. Sabtu lepas berlangsungnya Shout! Awards secara live dari Stadium Putra, Bukit Jalil. Asyik pun berkesempatan untuk merasai kehangatan acara tersebut. Super awesome stage and presentation from artist. Sangat kagum bila tengok. Ada yang menggunakan teknik hologram dan sebagainya. Mungkin pada mata kasar, kita kurang nampak tapi bila diteliti dengan betul teknik yang digunakan sangat unik. Dapat merasai sendiri pengalaman live awards memang seronok. Berterima kasih pada Marya dan Kifli Mally untuk tiket tersebut. Nak berkongsi video dengan korang tapi tak tahu kenapa ada masalah untuk upload. Takpelah maybe next time yea. Asyik bersama Giorgio Izas . SHOUT! AWARDS WINNERS MUSIC Rockstar Award - Bunkface Popstar Award - Hafiz Power Vocal Award - Hafiz Flava Award - Mizz Nina Ft Jay Park Break Out Award (Best New Act) - Jay Walia Music Video Award - KRU ft Stacy The Ultimate Shout! Awards - Joe Fliz