Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2013

Despicable Me 2 (3D) - Review

Assalamualaikum, Pada 26 June 2013 Asyik dapat tiket wayang free dari ChurpChurp . Dapat tengok di TGV Sunway Pyramid. Seronok tak terkata sebab memang nak sangat tengok movie ini. Asyik dah tengok Despicable Me yang pertama dan terus jatuh hati dengan cerita ini. Despicable Me 2 lebih lagi menarik dengan jalan cerita yang kelakar, comel, penuh dengan kasih sayang dan yang paling suka sebab ada banyak minions yang nakal giler. hehe. Nakal tapi comel. Minions yang nakal. Cakap bahasa apa pun tak faham tapi boleh buat orang ketawa. Bila dapat tengok 3D teramatlah seronok. Waktu tengok movie tu terasa nak pegang-pegang jea objek yang ada dalam filem itu. Terasa dekat betul dengan diri kita. Seolah-olah memang wujud di dunia nyata. hehe. Asyik memang 100% recommend pada korang semua supaya tengok movie ini. Tak rugi kalau tengok sebab seronok betul.  Ticket and button badges yang Asyik dapat dari ChurpChurp. Cermin mata 3D pun boleh bawa balik sekali. hehe.

Floria Putrajaya 2013 - Part 2

Assalamualaikum, Seperti yang dijanjikan akhirnya dapat juga Asyik post entry Floria Putrajaya Part 2. Yeayyy laptopku dah kembali sihat. Kali ini semuanya adalah bertemakan Magic of the Night. Berwarna warni dan meriah. Dirasmikan oleh Menteri Pelancongan dan Kebudayaan 2013. Acara pembukaan. Dihidangkan dengan percikan bunga api. Kemeriahan yang berwarna-warni. Acara yang dinantikan adalah Float berhias. Float yang pertama dari Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan. Float kedua pula adalah penyertaan dari negara luar iaitu China. Float yang ketiga pula dari negeri Perak. Float yang keempat dari Johor. Float yang kelima dari Perbadanan Putrajaya. Asyik rasa yang ini paling cantik. Air Ballon tu semua bergerak. Rama-rama pun bergerak. Memang cantik. Float ke enam adalah Melaka. Float ke tujuh dari Negeri Sembilan. Float yang ke lapan dari Pahang. Float ke sembilan dari Perlis. Flo

Floria Putrajaya 2013 - Part 1

Assalamualaikum, Siapa disini yang sukakan bunga dan hiasan laman yang kreatif? Kalau suka entry ini sesuai untuk anda kerana terdapat banyak ilham dan idea yang menarik yang boleh anda gunakan. Semalam bermulanya Festival Bunga dan Taman Putrajaya 2013. Festival ini berlangsung dari 22 Jun - 30 Jun 2013. Asyik dah pergi semalam. Memang sangat cantik bunga-bunga yang terdapat disana. Entry ini memang banyak gambar jadi jangan ada yang termuntah bila tengok. hehe. Ini baru Part 1. Next entry Part 2 Asyik akan kongsi suasana di waktu malam pula. So enjoy dengan gambar yang Asyik sediakan yea. Semua bunga ini sangat cantik. Bawa balik rumah boleh? hehe Asyik berangan macam berada di luar negara. Malaysia pun ada tau. Cantik sangat-sangat semua bunga ini. Taman Inovasi. Geramnya tengok. Cantik betul ciptaan Allah S.W.T. Ada orang itu nak ambil bawa balik ke rumah. Haippp..nanti kena marah Giorgio Izas . Jangan cabutlah.. hehe Bermacam dekorasi