Skip to main content

Perjalanan Anak Muda Malaysia Yang Berbakat Menuju Bintang melalui Kisah Chenta Cornetto Uda & Dara

Cornetto, bersama dengan Astro, membawa drama bersiri baru berdasarkan tema K-Pop

Kuala Lumpur, 23 April, 2013 – Anak-anak muda Malaysia telah memberanikan diri mereka untuk diuji bakat bagi menempah tiket menuju kemasyuran melalui Kisah Chenta Cornetto Uda & Dara. Mereka telah mempersembahkan bakat menyanyi, menari dan berlakon masing-masing untuk menawan hati empat orang hakim selebriti, seterusnya terpilih untuk membintangi siri drama bertemakan K-Pop dengan konsep yang diilhamkan oleh  Cornetto.

Kisah Chenta Cornetto Uda & Dara arahan Prem Pillai dijadualkan ke udara melalui saluran Astro Ria (Saluran 104) mulai 1 Mei selama sembilan minggu. Siri drama ini mengisahkan tiga pasangan anak muda yang melalui perjalanan hidup yang penuh dugaan dan cabaran dalam mencari identiti sebenar diri mereka. Mereka akhirnya mencapai kejayaan apabila masing-masing semakin hampir menjadi seorang bintang.

“Cornetto terharu dengan pengalaman ini apabila menyaksikan beberapa anak muda Malaysia berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai impian dan aspirasi mereka. Walaupun berlainan latar belakang, individu-individu berbakat ini telah membina pertalian yang lebih mesra melalui persahabatan dan kasih sayang.  Ini juga mencerminkan aspirasi jenama kami. Kami gembira dapat menyediakan platform kepada anak-anak muda untuk mempersembahkan bakat mereka kepada khalayak ramai,” menurut Ali Salman, Pengarah Jualan, Kategori Aiskrim, Unilever (Malaysia) Holdings Sdn. Bhd.

Ketua Kumpulan Saluran Hiburan Astro, Azlin Reza Azmi berkata, “Sejajar dengan komitmen Astro untuk menawarkan hanya pengisian yang terbaik dan yang paling segar melalui platform kami, Astro Ria membawakan drama terbaru Kisah Chenta Uda & Dara, sebuah kolaborasi dengan Wall’s Cornetto.

“Tahun lepas, kami menerima maklum balas yang positif dan sangat menggalakkan untuk Cornetto Uda & Dara musim lalu. Oleh sebab itulah, kami memutuskan untuk membawakan drama bersiri serba baru ini bagi mencari ramai lagi anak muda tempatan yang berbakat. Kami berharap program ini membuka pintu dan peluang kepada golongan muda untuk berkecimpung dalam industri hiburan kita.”

Peserta yang berjaya telah menerima tunjuk ajar daripada aktres dan hos televisyen terkenal, Yasmin Hani; penyampai radio fm ERA, Shaq; pemenang So You Think You Can Dance Malaysia Musim 1, Alam; dan model veteran, aktor televisyen dan pentas, Tony Eusoff.

Bukan itu sahaja, para peserta turut berpeluang berlakon bersama selebriti terkenal termasuklah Dafi Ismail, ChaCha Maembong, Alif Hadi, Radhi Khalid, Mustapha Kamal, Normah Damanhuri, Namron, Sheila Mambo dan Azhar Sulaiman, serta penampilan istimewa oleh Yasmin Hani, Alam dan dua orang penyampai radio ERA fm; Shaq dan Haniff Hamzah.

Kisah Chenta Cornetto Uda & Dara bukan sahaja menampilkan para bintang popular, malah turut memaparkan kisah hidup yang sangat menarik. Sempena siaran treler istimewa siri drama ini, Cornetto memperkenalkan pembungkusan baharu untuk varian Classic dan Royale. Bermula dengan bahagian atas aiskrim dengan coklat yang enak, kacang yang rangup sehingga ke bahagian hujung wafer berisi coklat yang lazat, memberikan hidangan aiskrim yang memenuhi cita rasa pengguna daripada mula hingga akhir.

Ikutilah siaran Astro Ria (Saluran 104) setiap Rabu jam 9.00pm mulai 1 Mei, dengan siaran ulangan setiap Sabtu jam 5.00pm untuk menyaksikan pengalaman K-Pop para peserta, serta bagaimana mereka mencapai potensi sebenar untuk menjadikan impian mereka menjadi bintang televisyen satu kenyataan.

Untuk maklumat lanjut tentang barisan pelakon Kisah Chenta Cornetto Uda & Dara serta berita terkini, sila layari laman Facebook Cornetto di https://www.facebook.com/iluvcornetto.

Para Pelakon.

Kharina + Fariq 

Sofea + Ilham

Zain + Aisha

With Director Prem Anand Pillai.

Press Conference click HERE.

Till Next Entry.
xoxoxo

Comments

  1. bg pminat2 kipas mati kpop cam sy kirenye mmg kna tonton r ni?? hahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..mmg kena tonton lah cmtu..jgn lupa set reminder dlm hp tuh..hehe

      Delete
  2. Hola... Harap2 crite ni xmenghampakan... (^_^)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Per’l Xlim, Rahsia Wanita Kekal Mempesona!

Assalamualaikum, Di mana semua peminat-peminat kopi? Anda perlu baca entry kali ini kerana anda akan mendapati satu produk yang akan menjadi kegilaan anda selepas ini. Produk yang sangat bagus bagi yang suka minum kopi dan mahu kurus. Siapa yang tak mahu kan, sambil minum pun boleh kurus. Sebelum itu mari kita kenal dulu dari mana produk ini datang. POWER ROOT telah ditubuhkan pada 23 Julai 1999. Ini adalah syarikat terkemuka yang membangunkan dan mempromosikan minuman tenaga herba yang diperkayakan dengan dua herba hutan hujan utama iaitu Eurycoma longifolia Jack atau lebih dikenali sebagai "Tongkat Ali" dan Labisia Pumilia dan Pathoina atau "Kacip Fatimah". Pasti semua sudah sinonim dengan jenama Power Root. Kali ini Power Root memperkenalkan satu lagi produk baru iaitu Per’l Xlim . Keistimewaan Per’lXlim ia merupakan sejenis minuman pelangsingan badan yang khas untuk semua wanita yang suka minum kopi dan minum coklat. Keunikannya adalah apabila anda se

Product Review : Good Virtues Co.

Assalamualaikum, Secara jujurnya kadang-kadang Asyik ini kalau beli barang atau produk mesti akan tengok pada packaging dulu. Walaupun belum tahu isinya bagus atau tidak tapi kalau packaging dia cantik dan menarik yang itu dulu lah yang Asyik akan cuba. Memang lumrah orang seni agaknya. Satu lagi Asyik memang suka cuba produk yang baru di pasaran. Berilah peluang produk-produk ini untuk berkembang kan. Watsons tempat wajib setiap bulan untuk pergi walaupun semua barang sebenarnya dah ada. haha. Biasalah perempuan kan. Satu hari itu pergi Watsons window shopping jea sambil teman husband beli barang dia, Asyik pun pusing-pusinglah dalam itu tengok apa yang menarik kan. Tiba-tiba tertarik dengan satu produk ini sebab packaging dia sangat cantik dan lain dari yang lain.  Good Virtues Co. nama produk itu. Yang paling menarik tentang produk ini selain packaging dia, kandungan yang digunakan dalam produk ini memang terbaik iaitu organic black seed atau jintan hitam atau habbatus sa

Minyak Pati Envision

Minggu ni saya pilih minyak pati Envision sebagai Essential Oil Of The Week. Envision membantu kita untuk: - Fokus kepada impian yang ingin dicapai - Atasi ketakutan yang ada dalam diri - Seimbangkan emosi dalam diri - Jadi lebih tenang Dan bermacam lagi kegunaan dan kebaikan. Minyak pati Envision ini membantu kita seimbangkan dari segi mental, emosi, fizikal dan spiritual. Gabungan minyak pati yang terdapat di dalam Envision ini kebanyakannya memang minyak pati pilihan saya kerana setiap satu daripadanya ada manfaat yang tersendiri. Lagi-lagi minyak pati Rose dan Geranium yang memang sangat dekat dihati wanita seperti saya. Set the right intention masa nak guna minyak pati, InshaAllah kita akan rasakan impak yang berbeza. Dah cuba nanti, kongsikan pengalaman anda ya.